Apa itu Terapi Main?

Bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil  melalui aktiviti ini. Terapi main membantu murid-murid bagi mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Konsep terapi bermain
  • Melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia.
  • Ruang fizikal dapat  disediakan melalui aktiviti bermain.
  • Kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing.
Tujuan terapi bermain 
  •    Mengurangkan masalah tingkah laku.
  •   Meningkatkan komunikasi.
  •  Mampu menilai diri sendiri.
  •  Meningkatkan keupayaan diri untuk mempercayai  seseorang.
  •  Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri.
  •   Mendorong kanak – kanak untuk lebih aktif.
 Kelebihan terapi bermain
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri.
  • Membolehkan melahirkan masalah.
  • Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan.
 

No comments:

Post a Comment