Kesimpulannya, terapi dalam pendidikan pemulihan dan khas
merupakan aktiviti yang saling berkait dalam
pembentukan insan yang bersepadu dan
seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Seterusnya, terapi sangat memerlukan disiplin
yang tinggi kerana aktiviti ini perlu dijalankan
secara berterusan.
Secara keseluruhannya, para guru harus didedahkan kepada
aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran
murid-murid keperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan
di sekolah atau di luar sekolah. Aktiviti ini boleh dijalankan secara
kumpulan mahupun individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif,
psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
Terapi amat penting untuk kanak-kanak berkeperluan khas
kerana dengan ini mereka dapat meningkatkan keupayaan diri mereka.
Sebagai contoh, apabila
murid yang mengalami masalah pertuturan dapat bertutur, hal ini akan
memberi kesan positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan murid
dalam bidang lain seperti pelajaran. Dengan ini, terapi main dapat membantu untuk menonjolkan komitmen mereka dan memberikan perhatian sepenuhnaya terhadap aktiviti yang dijalankan. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment